..

..
" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan dan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. "
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, March 16, 2012

7 Petala Cinta


Semalam pas keje, sempatlah berkejaran ke Wangsa Walk menonton 7 Petala Cinta, Bagi aku cerita nya menarik, ade motif & pengajaran. Mungkin xsehebat Nur Kasih atau sehebat Ombak Rindu. Tp bg aku, xperlu ade adegan bpeluk sakan, xperlu adegan berahi xkene tempat, 7 Petala Cinta masih ada kekuatan nya yg tersendiri....

Cerita nya bmula, Hamka ditunangkan dgn Saidatul Nafisa anak kepada Abi Ikhwan dan Uminya seorang guru di Madrasah Qalbun Salim...Mereka akan dijodohkan apabila Hamka pulang dari menuntut ilmu di Yaman...Ditakdirkan, pada saat sepatutnya Hamka pulang, mereka dikejutkan dgn berita bahawa tpt Hamka telah di bom. hati mane yg xsedih dan bduka..andai org yg disayang tibe2 tiada kan. Bermulalah, Saidatul Nafisa meneruskan hidup dgn kenangan2 bersama Hamka,. Sehinggalah Abi Ikhwan dan Umi nyer cuba menyatukan Saidatul Nafisa dengan Ahmad Fakhruddin Attar (Attar)...apabila ditunangkan, berbagai perkara pula terjadi...dimana Attar secara tidak sengaja terjumpa dengan Nida seorang pelacur, Saidatul Nafisa pula mendapat tahu yang Hilma (adik kepada Hamka) pula menaruh hati kepada Attar dan macam2 lg lah.

So nk taw lebih lanjut?? sama ada Saidatul Nafisa menerima atau tidak....Sapa plaks Nida dlm cerita ni?
Jgn tggu lame-lame....cepat2 pergi tgk....Insya allah...xkan mgecewakan.
Dalam cerita ni ada dialog2 yg bg aku menarik sgt...
" Saya pulangkan kembali Saidatul Nafisa kepada yang empunya......."
"Kerana sayangkan saudara....sahabat menafkahkan jiwa......"
" Dalam 7 Petala Langit, 7 Petala Bumi ada 7 Petala Cinta....."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...